4 Ogos 2022, Putrajaya โ YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini merasmikan ๐น๐ณ๐ฅ ๐๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ฏ๐ฐ๐ต๐ฆ๐ค๐ฉ๐ฏ๐ฐ๐ญ๐ฐ๐จ๐บ ๐๐ฆ๐ด๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ข๐ณ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐ธ๐ถ๐ธ๐ธ anjuran Centre for Sustainable Nanomaterials, Universiti Teknologi Malaysia (CSNano UTM) dengan kerjasama Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Persatuan Biobahan Malaysia (MBS).
Bagi memastikan teknologi yang dibangunkan oleh pihak akademia memenuhi kehendak industri, hubungan dan kerjasama antara industri dan akademia diperkukuhkan melalui penganjuran program BioNanoSem 2022.
Program ini merupakan platform yang sesuai untuk menghimpunkan pakar dalam bidang bionanoteknologi yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik, persatuan serta pihak industri di Malaysia dalam perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan bionanoteknologi.
Program ini mampu memberi nilai tambah yang signifikan dalam mempromosikan penyelidikan, inovasi dan komersialisasi dalam bidang bionanoteknologi di peringkat global, bertepatan dengan tema BioNanoSem 2022 iaitu โ๐๐ณ๐ฐ๐ด๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ฏ๐ฐ๐ต๐ฆ๐ค๐ฉ๐ฏ๐ฐ๐ญ๐ฐ๐จ๐บ ๐๐ฆ๐ด๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ, ๐๐ฏ๐ฏ๐ฐ๐ท๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ข๐ญ๐ช๐ป๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏโ.