8 Disember 2022, Kuala Lumpur – DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Istana Perak (Palace of Perak), Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Sesi menghadap itu merupakan yang pertama selepas YB Tuan Chang Lih Kang mengangkat sumpah sebagai Menteri MOSTI pada 3 Disember 2022.



