Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Persatuan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) Negeri Sembilan Ke Atas KSU MOSTI

18 April 2024, Putrajaya – Kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) Negeri Sembilan ke atas YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Delegasi yang menghadiri kunjungan ini terdiri daripada Tuan Haji Mohd Kameel bin Abdul Karim, Pengerusi PIBKS Negeri Sembilan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Timbalan Pengerusi PIBKS Kebangsaan, Tuan Haji Hamdan bin Othman, Rakan Strategik PIBKS Negeri Sembilan, YDP PiBG SMK Tunku Ampuan Durah, Encik Azman Bin Abdul Jalil, PIBKS Negeri Sembilan, YDP PiBG SK Taman Seri Pagi, Encik Taufiq Rosidi bin Abu Samah, CEO, Uniti Educational Toys Sdn Bhd serta Encik Thava kumar Devanayagam, Penolong Pengurus Hal Ehwal Kerjasama Mila University.
Dalam pertemuan tersebut, delegasi PIBKS Negeri Sembilan turut membincangkan cadangan kolaborasi bersama MOSTI dalam pembangunan STEM Inovasi di peringkat Negeri Sembilan.
Kolaborasi ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pendekatan dan usaha MOSTI dalam mengembangkan bakat dan kemahiran dalam bidang STEM di kalangan golongan pelajar dan belia secara menyeluruh.
Skip to content