28 Jun 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Akademi Profesor Malaysia (APM) yang di ketuai oleh YBhg. Profesor Emeritus Dr. Jamal Othman, Presiden APM.
Sesi kunjungan hormat ini antara lainnya membincangkan mengenai landskap sains, teknologi dan inovasi (STI) Malaysia serta kerjasama yang boleh diterokai antara MOSTI dan Akademi Profesor Malaysia.