27 Jun 2024, Selangor – Sempena Minggu Sains Negara (MSN) 2024 yang sedang berlangsung pada ketika ini, salah satu pengisian MSN 2024 dalam membudayakan STI dan menarik minat golongan sasar terutamanya pelajar dan belia terhadap STEM adalah pelaksanaan program dan aktiviti bercirikan STI menerusi inisiatif kerajaan dan pihak swasta.
Pada 27 Jun 2024, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri majlis pelancaran soft launch STEM Fest 2024 anjuran Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI) STEM 4 All Makerspace (MACRI) dengan kerjasama STEM 4 All Makerspace bertempat di Da Men Mall, Subang Jaya.
Antara sasaran program terbabit adalah membincang cadangan kerjasama dan sesi perkongsian pengetahuan bersama Organisasi Korporat bagi menyebar luas inisiatif-inisiatif membudaya STI dan memperkasa STEM, menggunakan rangkaian sumber tersedia seperti STEM 4 All Makerspace untuk meluaskan jangkauan STI dan inisiatif STEM dan menjalin kerjasama dengan Organisasi Korporat strategik untuk menyokong dan menaja program STI dan STEM di pelbagai lokasi bagi mewujudkan kebolehcapaian yang lebih besar.