Skip to main content
News

Regionalized Vaccine Manufacturing Collaborative (RVMC)

10 April 2025, Abu Dhabi – Regionalized Vaccine Manufacturing Collaborative (RVMC): Sustainable Market Convening yang bertemakan “Demand-Driven Solutions Shaping the Future of Regionalized Vaccine Manufacturing”, telah diadakan di Abu Dhabi pada 10 April 2025. Ia menghimpunkan wakil kerajaan, organisasi antarabangsa, industri berkaitan vaksin, rakan serantau dan pelabur antarabangsa untuk memperkukuhkan ekosistem vaksin melalui permintaan pasaran dan pengeluaran vaksin serantau.

RVMC ditubuhkan untuk menangani isu ketidaksamarataan dalam ekosistem pengeluaran vaksin global yang menjejaskan akses vaksin oleh negara berpendapatan rendah dan sederhana semasa pandemik COVID-19. Ia menyokong penubuhan pengeluaran vaksin serantau yang mampan dan mengutamakan pengeluaran tempatan, mengukuhkan keselamatan kesihatan serantau dan mengembangkan ekonomi.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah terlibat dalam perbincangan secara aktif. Antara perkara yang dibincangkan adalah keperluan untuk memastikan perkongsian data yang berkesan dalam R&D, validasi pasaran awal untuk menyokong permintaan serantau dan keperluan pendanaan dan pembiayaan dalam menyokong perkembangan ekosistem vaksin yang mampan.
Skip to content