23 April 2025, Selangor – Ketika ekonomi global bergerak ke arah elektrifiksi, tenaga hijau dan teknologi canggih, Unsur Nadir Bumi (REE) kini menjadi tulang belakang inovasi moden – digunakan dalam kenderaan elektrik, semikonduktor, aeroangkasa dan banyak lagi. Malaysia, dengan sumber asli yang sedia ada serta ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang semakin matang, berada di ambangpeluang besar untuk menerajui bidang ini secara mampan dan berdaya saing.
