Skip to main content
News

Jamuan Makan Malam Sempena Program NextGen Tech @ MOSTI

22 Ogos 2025, Sabah – YBhg. Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meraikan para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sabah, pemegang taruh dan industri dalam satu jamuan makan malam sempena program NextGen Tech @ MOSTI bersama para pelajar IPT Sabah yang telah berlangsung hari ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Biorush Hackathon iaitu tempat pertama dimenangi oleh kumpulan SABIOVATOR dari IPGM Kampus Keningau, diikuti oleh kumpulan BIOSPLASH juga dari IPGM Kampus Keningau di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan BIGGROW AI dari UMS. Semoga diteruskan semangat inovasi dan kecemerlangan.
Program NextGen Tech @ MOSTI menghimpunkan lebih 200 pelajar dari pelbagai institusi termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Kota Kinabalu, Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, University College Sabah Foundation (UCSF), Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), dan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sabah yang lain.
Adalah diharapkan perkongsian dan aktiviti berkaitan STI sepanjang program NextGen Tech @ MOSTI pada hari ini dapat membantu para pelajar dalam memperluas pengetahuan, merangsang daya inovasi serta memupuk pemikiran kritis yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan ilmu, kesejahteraan dan kemampanan sebagai asas pembangunan negara.
Skip to content