Skip to main content
Archive

KL Sci Fi Weekend 2019 Bersempena Dengan Minggu Sains Negara 2019

By 2019-04-10#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +0800p1130#30Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +08005010504amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +0800p1130#/30Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:11 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Planetarium Negara dan Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) telah menganjurkan KL Sci Fi Weekend 2019 pada 6 dan 7 April 2019 bertempat di Planetarium Negara. Program berkonsepkan sains fiksyen santai pada hujung minggu ini dianjurkan bersempena dengan Minggu Sains Negara 2019 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan Planetarium Negara.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Anita binti Bahari, Pengarah Planetarium Negara diiringi oleh YBhg. Komander (K) Datuk Zulkifli bin Ishak, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAIKK.

Pada edisi penganjuran KL Sci Fi kali ini, pelbagai aktiviti disediakan kepada para pengunjung sepanjang dua (2) hari program, termasuklah:

  1. Pameran Koleksi Peribadi dan Pakaian Kostum Cosplay;
  2. Sesi KL Sci Fi Exhibitors Talk;
  3. Penampilan Tetamu Khas KL Sci Fi;
  4. Persembahan Muzik KL Simfonia; dan
  5. Sesi Fotografi Amal Dana Kreatif YAIKK.