Skip to main content
Archive

Workshop On Developing Project Proposals To Apply For International Funds

By 2019-04-10#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +0800p1830#30Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +08005010504amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +0800p1830#/30Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:50:18 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

9 April 2019, Putrajaya – YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah merasmikan Workshop on Developing Project Proposals to Apply for International Funds pada 9 April 2019 (Selasa) di Hotel Marriot Putrajaya.

Majlis Perasmian ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi MESTECC iaitu YBrs. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (STI) dan YBrs. Dr. Mohd Mokhtar Tahar, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan Strategik dan Antarabangsa).

Bengkel yang dianjurkan buat tahun ketiga oleh Bahagian Antarabangsa, dan pada kali ini, turut disertai oleh 135 orang peserta yang mewakili strategic interest dalam bidang-bidang yang diterajui oleh MESTECC menerusi tiga (3) sektor yang diselaraskan oleh MESTECC iaitu STI, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Tenaga.

YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis dalam ucapannya turut mengiktiraf komitmen serta kredibiliti para penyelidik para saintis negara tempatan dalam menyumbang kepada peningkatan keupayaan R&D negara menerusi kolaborasi penyelidikan dan pelaksanaan program berimpak tinggi menerusi dana antarabangsa yang ditawarkan oleh organisasi antarabangsa seperti ASEAN dan APEC.

YB Timbalan Menteri juga menggalakkan para penyelidik dan para saintis negara untuk mengambil peluang memohon dana rakan dialog ASEAN yang lumayan dengan anggaran sebanyak USD145 juta daripada caruman rakan dialog ASEAN seperti China, India, Jepun, Republik Korea, Rusia serta ASEAN Plus Three (APT). Manakala, dana APEC sebanyak USD8.5 juta turut ditawarkan merangkumi sub-bidang, antaranya seperti Innovative Development, Connectivity, Energy Efficiency and Low Carbon Measures, Women & Economy dan lain-lain.

Menerusi Bengkel ini, MESTECC berharap agar Malaysia dapat menonjolkan komitmen negara dalam menganjurkan program berimpak tinggi seiring dengan peranan Malaysia selaku negara hos untuk mesyuarat antarabangsa yang akan dianjurkan dalam tempoh 2020-2021 iaitu Mesyuarat APEC Policy Partnership on STI (APEC PPSTI) pada tahun 2020 serta Mesyuarat ASEAN Committee on STI (ASEAN COSTI) pada tahun 2021.