Pada 26 November 2018, H.E. Frédéric Laplanche, Duta Besar France ke Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat ini turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan MESTECC.
Kunjungan Hormat ini adalah bertujuan untuk untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara dalam bidang tenaga, sains dan teknologi serta perubahan iklim.