Pada 19 November 2018, H.E. Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Besar Sweden ke Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Prof. Madya. Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Ketua Setiausaha, (STI), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat yang turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan MESTECC ini adalah bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara.