Skip to main content
Archive

Majlis Perasmian Yayasan ROSE dan Makmal ROSE

By 2020-02-17#!30Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +0800p3430#30Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +08000311034amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +0800p3430#/30Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 11:03:34 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Pada 17 Februari 2020, YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah melancarkan Yayasan ROSE dan Makmal ROSE. Yayasan ROSE dan Makmal ROSE ini menggabungkan prinsip sains, teknologi dan reka bentuk dalam menyampaikan penyelesaian pemeriksaan serviks yang inovatif dan telah disahkan melalui kajian saintifik.

ROSE merupakan akronim daripada Removing Obstacles to cervical ScrEening. Yayasan dan Makmal ROSE merupakan usahasama antara Universiti Malaya dan Yayasan VCS di Australia. Yayasan VCS telah menyelaraskan penggunaan teknologi dan piawaian tinggi dalam Makmal ROSE yang setanding dengan Australian National Cervical Screening Programme.

Semasa majlis pelancaran, YB Puan Isnaraissah mengatakan bahawa beliau kagum melihat perkembangan ilmu saintifik tentang Human Papillomavirus (HPV) yang merupakan punca utama bagi kanser serviks, sekaligus meningkatkan peluang dalam mencegah penyakit ini melalui usaha menyeluruh yang merangkumi pemberian vaksinasi, ujian saringan, dan rawatan.

Hal ini adalah kerana, Kanser Serviks merupakan antara ancaman terbesar yang boleh menyebabkan kematian dalam kalangan wanita, dan merupakan kanser ketiga yang sering dihidapi oleh golongan wanita di Malaysia. Setiap nyawa adalah berharga, maka perkhidmatan yang ditawarkan oleh Yayasan dan Makmal ROSE akan membantu mencegah penyakit ini daripada terus berlaku.

Pada tahun 2018, Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) telah membuat pengumuman global yang mana tindakan perlu diambil dalam mencegah Kanser Serviks secara menyeluruh. Untuk mencapai matlamat ini, strategi pencegahan dan teknologi yang inovatif diperlukan.

Program ROSE merupakan salah satu inisiatif yang penting dalam usaha Malaysia mencapai matlamat global ini. Di samping itu, dengan pelancaran Yayasan dan Makmal ROSE ini juga, Malaysia adalah seiring dengan negara-negara lain yang telah menerima dan mengguna pakai ujian HPV yang lebih efektif untuk saringan serviks pada peringkat penjagaan kesihatan primer.