Skip to main content
Archive

Majlis Temu Mesra Media Bersama YB Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

By 2019-05-06#!30Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +0800p3430#30Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +08005210524amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +0800p3430#/30Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:52:34 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Pada 2 Mei 2019, bertempat di Marriot Hotel, Putrajaya telah berlangsung Majlis Temu Mesra Media Bersama YB Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.  Majlis ini dianjurkan oleh MESTECC bertujuan untuk meraikan para pengamal media yang telah banyak menyumbang dalam menyampaikan maklumat dan agenda Kementerian kepada rakyat dan mewujudkan hubungan yang harmoni antara MESTECC dengan pihak media. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC serta pengurusan tertinggi MESTECC. Majlis yang bertemakan ‘Casual, Chill and Relax’ ini telah dihadiri oleh para pengamal media yang terdiri daripada ketua biro, editor, wartawan dan jurukamera dari agensi media cetak, media elektonik dan media dalam talian.