Skip to main content
Archive

Minggu Sains Negara Membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi Rentas Negeri Seluruh Malaysia

By 2019-08-23#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +0800p1330#30Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +08005610564amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +0800p1330#/30Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:13 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Minggu Sains Negara merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan dalam usaha memupuk minat terhadap ilmu sains, menggalakkan pembangunan dan kemajuan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara serta menyemarakkan dan membudayakan STI dalam segenap lapisan masyarakat Malaysia. Sambutan ini juga akan membantu memupuk kesedaran rakyat berhubung kepentingan STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Minggu Sains Negara dianjurkan di setiap negeri bagi membolehkan lebih ramai masyarakat terutamanya pelajar menerima manfaat daripada penganjurannya. Bertemakan “Sains untuk Kesejahteraan”, sambutan ini jelas memberi gambaran mengenai peranan besar yang dimainkan oleh sains dan teknologi dalam mencapai kesejahteraan negara dari segenap aspek kehidupan, ekonomi, sosial dan kelestarian alam sekitar.

Melalui pendekatan Sains itu menyeronokkan (Science is fun), Minggu Sains Negara menerapkan konsep pembelajaran interaktif, pertunjukan sains, pertandingan berkonsepkan sains, aplikasi sains yang digunakan dalam kehidupan dan pelbagai lagi program yang bukan hanya boleh dilihat tetapi boleh disertai, dirasai dan digunakan.

Sepanjang bulan Ogos 2019, Minggu Sains Negara Fasa II telah berlangsung di 10 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Pahang, Johor, Kedah, Melaka, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang. Ini merupakan kesinambungan bagi Minggu Sains Negara Fasa I yang telah diadakan pada 1 hingga 7 April 2019 di Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

 

NegeriAgensi PenerajuTarikh & TempatAktiviti-aktiviti Menarik
Negeri SembilanAgensi Nuklear Malaysia1-7 Ogos 2019
Tech Dome, AEON Mall, Nilai
Pameran Interaktif, Cilik Nuklear Berbakat, Explore the BeeBot Robotic Programme, Pertunjukan Sains, Pertandingan Robotik dan Magical Aircraft Workshop. Aktiviti jangkau luar (outreach) termasuklah Science Show Matter that Matter – Science show using liquid nitrogen, Lab Experiment: Mr. Gamma & You! – background radiation monitoring di sekolah-sekolah terpilih di semua daerah Negeri Sembilan, Program Nuclear BFF di sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah Jempol dan Jelebu.
PerlisJabatan Alam Sekitar1-4 Ogos 2019
Dewan Warisan Kangar
Pameran Interaktif, Pertandingan Robotik, Pertandingan Inovasi, Sains dalam Beyblade, Pertandingan Doodle, Program Pengumpulan EWaste
PahangTechnology Park Malaysia Corporation2-3 Ogos 2019
Majlis Perbandaran Kuantan
Pameran Interaktif, TPM STEM Program, Bengkel dan Pertandingan Robotik MakeX oleh Telaga Biru, E Sport Games, Abang Polar di Bumi Artik, Bengkel kitar semula oleh GreenPitStop dan Pertandingan VR Beat Saber
SelangorSustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia3-4 Ogos 2019
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam
Pelbagai program meliputi 3 bidang utama MESTECC iaitu tenaga, sains & teknologi dan alam sekitar telah dirangka seperti Pertandingan Roket Air, Perlumbaan Drone, Pertandingan RObotik STEM, Lawatan Sambil Belajar ke Stesen Janakuasa TBB SEDA Malaysia, Parfume Making & Forensic, AR & VR – Veative VR Learning, Science, Engineering & Aerospace serta pelbagai lagi program satelit yang diadakan di seluruh Selangor
JohorAkademi Sains Malaysia3-4 Ogos 2019
Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat
Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif serta pengisian berasaskan sains, teknologi, alam sekitar dan macam-macam lagi akan dibawa untuk rakyat Johor menerusi program utama seperti Pameran Interaktif, Demonstrasi Sains, Kenali Sains, Science Communicator, Sains disebalik Penyiasatan Jenayah dan Penyampai Cuaca
KedahYayasan Hijau Malaysia3-4 Ogos 2019
Riverfront City Sungai Petani
Pameran Interaktif, Kelas Mudah Alih Green Guardian, Sains dalam Beyblade, Waste to Wealth, EV Fun Ride Demonstrasi Sains dan pelbagai lagi aktiviti satelit di seluruh negeri Kedah.
MelakaAgensi Remote Sensing Malaysia5-8 Ogos 2019
Universiti dan sekolah Negeri Melaka15-17 Ogos 2019
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC)

Segmen 1: MSN2019@IPT & MSN2019@Schools

Segmen 2: Karnival MSN 2019 Peringkat Negeri Melaka – Science Talk, Demonstasi Sains, Teropong Angkasa, Kem Astronomi, Geocaching Treasure Hunt, Solar Boat, Robotic Training

KelantanMalaysia Technology Development Corporation15-19 Ogos 2019
Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam
Pameran interaktif, Demonstrasi Robot, Mini Planetarium, Pertandingan Drone Emergency Delivery, Stemiosity, Seminar Hala Tuju dan Kerjaya dan Demonstasi Airdrone
Pulau PinangThe National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)

19 – 24 Ogos 2019

Padang Kota Lama, sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm)

Ejen Sains Jelajah ke Sekolah,  Taman Kitar Semula, Hari Terbuka IPharm dan Karnival Sains (Pertandingan Inovasi, Ejen Eksplorasi, tayangan filem dan pameran)
PerakLembaga Perlesenan Tenaga Atom

23 – 25 Ogos 2019

Jabatan Belia dan Sukan Ipoh , Padang Ipoh dan AEON Mall Station 18

Santai Belia dan Sains, Plogging Run, Pertandingan Science and Beyblade, Pertandingan Robotik dan Pertandingan 5 Minutes Science Video