Skip to main content
Archive

Majlis Perhimpunan Bulanan MESTECC Julai 2019

By 2019-08-05#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +0800+08:005730#30Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +0800+08:0010+08:003030+08:00x302020Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +08005610564amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +0800+08:00+08:004#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +0800+08:005730#/30Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:56:57 +0800+08:00+08:004#No Comments

Pada 26 Julai 2019, bertempat di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1, Kompleks C, Putrajaya telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan MESTECC Julai 2019 bersama YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Hadir sama ketika majlis ialah YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C1, Putrajaya.

Dalam perhimpunan kali ini, beberapa lagi Inisiatif MESTECC 2019 telah dibentangkan sebagai perkongsian kepada warga MESTECC:
i. Sektor Tenaga > Industri bekalan elektrik di Sabah;
ii. Sektor STI > NanoMalaysia Energy Solutions; dan
iii. Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim > Pemerkasaan Profesionalisme Met Malaysia Melalui Inovasi.

YB Puan Yeo Bee Yin dalam ucapannya menekankan mengenai pentingnya seluruh warga MESTECC menjiwai Inisiatif MESTECC 2019. Dengan semangat Kuasai. Laksana. Ungguli semua warga sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. YB Puan Yeo Bee Yin turut berkongsi perkembangan semasa di MESTECC, iaitu:

i. Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua kategori pengguna elektrik domestik, komersil dan industri bagi tempoh Julai hingga Disember 2019;
ii. Minggu Sains Negara Fasa II dilaksanakan di 10 negeri bermula 15 Julai dan sepanjang Ogos 2019;
iii. Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai iaitu ekspo dunia yang akan diadakan selama enam bulan dari 20 Oktober 2020 hingga 10 April 2021 dan Kempen #MyButterflyEffect; dan
iv. Perkembangan terkini mengenai isu gangguan kesihatan di Pasir Gudang.

YB Yeo juga berbesar hati melancarkan aplikasi mudah alih PriMESTECC yang merupakan platform komunikasi dan perkongsian maklumat yang lebih interaktif kepada seluruh warga MESTECC. YB Yeo turut menyampaikan Anugerah Pekerja Produktif (bagi bulan Julai) yang diterima oleh Puan Nor Haswani binti Kamis dari Bahagian Eko Inovasi dan YM Tengku Radhiah binti Tengku Ahmad dari Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, manakala Anugerah Pekerja Sihat Sejahtera pula diterima oleh Puan Esther Lew dari Bahagian Tenaga Boleh Baharu dan Puan Nik Azizah binti Nik Hasan dari Bahagian Dana.

Skip to content