Skip to main content
Archive

21st Soroptimist International Convention Kuala Lumpur 2019

By 2019-08-05#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +0800p0530#30Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +08005710574amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +0800p0530#/30Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:57:05 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Malaysia telah menjadi tuan rumah 21st Soroptimist International Convention Kuala Lumpur 2019 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Julai 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan merasmikan acara tersebut yang mana Kuala Lumpur merupakan bandar pertama di Asia menjadi tuan rumah sejak Konvensyen pertamanya pada tahun 1928.

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab dalam bidang tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim, YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim turut mengiringi KDYMM Raja Permaisuri Agong sepanjang majlis perasmian.

Kira-kira 1,000 perwakilan dari 122 negara menghadiri persidangan yang diadakan selama tiga hari tersebut yang bertemakan “Soroptimists Enable a Sustainable World – Global Connections, Empowered Women”. Antara topik yang diketengahkan semasa Sesi Keynote & Plenary termasuklah:

i. Kesaksamaan Gender untuk Air dan Keselamatan Makanan
ii. Wanita Mengambil Tanggungjawab – Menamatkan Keganasan, Pemerdagangan dan Eksploitasi
iii. Wanita Menerajui Teknologi dan Inovasi
iv. Kepentingan Kesihatan dan Kesejahteraan Sepanjang Hayat
v. Iklim Kita, Tanggungjawab Kita, Tindakan Kita