Pada 13 Mei 2019, telah berlangsung perjumpaan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC bersama pegawai-pegawai baharu MESTECC dan Peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN.
Dalam perjumpaan ini, YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha mengingatkan para pegawai untuk sentiasa:
- Berpegang teguh kepada tiga nilai MESTECC iaitu integriti, kecemerlangan dan fokus masa hadapan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan;
- Memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melebihi ekspektasi;
- Meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan potensi bukan sahaja dari aspek teknikal tetapi dari aspek pengurusan; dan
- Memberi sepenuh komitmen dalam tugasan yang diamanahkan agar kekal releven dalam perkhidmatan awam.