Pada 13 Februari 2020 bertempat di Auditorium JPA, Kompleks C, Putarajaya, telah berlangsung Program CEO Sparkz Siri 1/2020 dengan topik perbincangan, An Experience Story: Exploring Space. Dalam siri kali ini, MESTECC telah mengundang dua orang panel iaitu YBrs. Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan YBrs. Dr. Wan Wardatul Amani binti Wan Salim, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing dalam bidang penyelidikan angkasa lepas dengan warga MESTECC.