Skip to main content
News

Psn Scifest 2015 Sasar Pengunjung Sabah Terokai Dunia Sains

By 2015-11-12#!31Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800+08:000731#31Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800+08:00-1+08:003131+08:00x31 09pm31pm-31Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800+08:001+08:003131+08:00x312017Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800301303pmThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800+08:00+08:003#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800+08:000731#/31Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800+08:00-1+08:003131+08:00x31#!31Thu, 09 Mar 2017 13:30:07 +0800+08:00+08:003#No Comments

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Pusat Sains Negara (PSN) hari ini telah menganjurkan program PSN SciFEST 2015 buat julung kalinya di negeri Sabah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan merasai sendiri pengalaman menerokai dunia sains, sesuai dengan temanya ‘Bringing Science Centre to the Community’. Program ini mensasarkan seramai 25,000 pengunjung yang akan hadir terdiri dikalangan pelajar sekolah, mahasiswa dan masyarakat setempat. Program ini akan berlangsung selama empat hari, bermula 12 hingga 15 November ini.

“PSN SciFEST 2015 merupakan program kemuncak aktiviti pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) di peringkat kementerian yang julung kalinya diadakan di luar premis PSN untuk memberi peluang kepada orang ramai terutamanya penduduk Sabah merasai pengalaman seperti mengunjungi sebuah pusat sains dan menerokai keseronokan dunia sains itu sendiri,” kata YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa merasmikan program.
Beliau berkata inisiatif PSN menganjurkan program ini diharapkan membuka ruang untuk masyarakat lebih mesra dan meminati bidang STI. Beliau juga menggalakkan para pelajar dan masyarakat Sabah khususnya mengambil kesempatan ini untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan oleh PSN dan secara langsung merasai pengalaman yang unik dalam mendekati sains, seterusnya memberikan persepsi positif mengenai sains di samping menarik minat mereka untuk memilih STI sebagai kerjaya masa hadapan.

Menariknya PSN SciFEST pada kali ini menyaksikan penampilan khas Ikon Sains untuk para pengunjung menerusi slot ‘Meet the Science Icon’ iaitu kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Negara dan Prof. Dr. Clemente Michael Wong Vui Ling, Saintis dari Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPSAM) yang juga merupakan Pengarah, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Universiti Malaysia Sabah.

Program PSN SciFEST pada kali ini turut mendapat kerjasama dengan rakan strategik daripada Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 1Borneo Hypermall, Jabatan Penerangan Sabah, RTM Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Technology Park Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Institut Perguruan Negeri Sabah.

Skip to content