Skip to main content
News

17 Warga MOSTI Ditauliahkan Sebagai Munsyi Muda Bahasa

28 Oktober 2026, Kuala Lumpur – Syabas dan tahniah kepada 17 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menerima watikah pentauliahan sebagai Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam Tahun 2025/2026 dalam majlis yang berlangsung di INTAN Bukit Kiara, hari ini.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada Program Serambi Budi Daya Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam Tahun 2026, anjuran Unit Kecemerlangan Komunikasi dan Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program ini turut merangkumi Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa Bilangan 1/2026 dan Majlis Penyerahan Watikah Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam Tahun 2025/2026.
Program ini turut mencatat sejarah apabila meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) menerusi penyertaan rujukan kamus terbesar, melibatkan seramai 2,106 peserta. Secara keseluruhan, seramai 363 penjawat awam dari seluruh negara menerima watikah pentauliahan tersebut.
Pentauliahan ini diharap dapat memperkukuh peranan Munsyi Muda Bahasa dalam memartabatkan bahasa Melayu serta membudayakan penggunaan bahasa yang tepat dan berkualiti dalam urusan rasmi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. En. Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), MOSTI serta peserta dan tetamu jemputan.
Skip to content