Skip to main content
News

Kunjungan Hormat SK Kunak 1 Bersempena Program Kembara Ilmu

28 Oktober 2026, Kuala Lumpur – Tengah hari tadi, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, menerima kunjungan hormat rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak 1, Kunak, di Parlimen Malaysia sempena Program Kembara Ilmu. Rombongan tersebut terdiri daripada enam orang guru dan 30 murid Tahun Enam.

Program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur ini memberi peluang kepada para murid untuk menimba pengalaman, memperluas pengetahuan dan mengenali dengan lebih dekat institusi pentadbiran negara.
Dalam sesi ramah mesra dan jamuan makan tengah hari bersama rombongan, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan kata-kata semangat agar para murid memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk menimba ilmu, membina keyakinan diri dan mengejar cita-cita. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna serta menyuntik inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Skip to content