Skip to main content
News

Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan (EPSK) 2016 Mempersiapkan Ekosistem Marin Menghadapi Perubahan Iklim Dunia

By 2016-08-02#!31Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +0800p0831#31Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 09am31am-31Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +08002911293amThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +0800p0831#/31Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Thu, 09 Mar 2017 11:29:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

PULAU INDAH, 2 OGOS 2016 – Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan (ESPK) 2016 yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui usaha sama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) bertujuan untuk mengkaji kelestarian ekosistem marin dalam menghadapi perubahan iklim Negara yang semakin tidak menentu.

“Ekspedisi ini diharap dapat meningkatkan produktiviti negara dengan memberi maklumat kepada Kerajaan untuk mengambil keputusan dalam perancangan pembangunan negara bagi menangani isu lautan kebangsaan terutamanya pengurusan lestari perikanan, Coral Reefs, Food Security, Ocean Warming and Sea Level Rise serta status ancaman bagi persekitaran marin zon pantai dan pulau” Kata YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau semasa melancarkan EPSK 2016 di Pusat Hidrografi Nasional hari ini.

“Data kajian yang diperoleh dari persisiran pantai dan laut dalam juga dapat digunakan untuk merencana pembangunan komuniti yang tinggal di kawasan pantai dan mengatasi masalah ancaman persekitaran maritim daripada perubahan cuaca dunia” tambah Madius lagi.

Sustainability of Malaysian Water in Changing Climate dipilih sebagai tema ESPK 2016 dengan fokus pengumpulan data dalam empat bidang utama oseanografi dan sains marin iaitu fizik, kimia, biologi dan geologi. ESPK 2016 merupakan kesinambungan daripada Ekspedisi sama yang diadakan pada tahun 2009 yang telah menemui empat (4) spesies baru ikan marin daripada sejumlah 213 ikan marin dan satu spesies nudibranch yang di rekod di kawasan Terumbu Layang-layang. Selain itu, pelbagai spesies rumpai laut dan makro alga turut ditemui yang berupaya membuka ruang penyelidikan baru dalam bidang farmaseutikal dan akuakultur.

Ekspedisi akan melibatkan seramai 70 orang penyelidik dan mengambil masa selama 45 hari (2 Ogos – 23 September 2016) meliputi kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Perairan Laut China Selatan.

Turut hadir semasa majlis pelancaran ESPK 2016 ialah YBhg. Laksamana Madya Dato’ Anuwi bin Hassan, Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, YBhg. Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Baharin Dato’ Abdul Hamid, Ketua Pengarah, Jabatan Laut Malaysia dan YBhg. Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan, Ketua Pengarah Hidrografi.