Skip to main content
News

Pemimpin Internet Harus Bijak Menggunakan Internet Untuk Wujudkan Persekitaran Siber Yang Sihat

By 2016-02-22#!31Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +0800+08:003631#31Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31 09pm31pm-31Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +0800+08:0012+08:003131+08:00x312017Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +08004012403pmThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +0800+08:00+08:003#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +0800+08:003631#/31Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31#!31Thu, 09 Mar 2017 12:40:36 +0800+08:00+08:003#No Comments

PETALING JAYA (22 Februari 2016) – Pengguna internet disaran agar memainkan peranan mereka sebagai Pemimpin Internet. Ini telah disarankan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena Majlis Penutup Sambutan Safer Internet Day 2016 hari ini.

“Sebagai pemimpin internet, mereka seharusnya bijak dalam mewujudkan persekitaran siber yang selamat, serta pada masa yang sama berusaha mempengaruhi pengguna internet yang lain untuk turut mengamalkan penggunaan internet yang bertanggungjawab, berhemah dan beretika,” kata Madius lagi.

Evolusi teknologi internet dan aplikasinya telah membawa impak yang besar kepada negara serta warga Malaysia. Pelbagai faedah dikecapi, antaranya kemajuan ekonomi, pembangunan fizikal dan perkembangan sosio budaya. Malah internet telah berjaya mengubah gaya hidup rakyat Malaysia setanding masyarakat global. Namun, perlu diingat bahawa penggunaan internet tanpa kawalan akan mengundang natijah yang negatif bukan sahaja kepada individu dan komuniti setempat malah ia mampu mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.

Sempena sambutan Safer Internet Day 2016, pengguna Internet, terutama remaja dan kanak-kanak dinasihatkan supaya berhati-hati semasa melayari Internet dan memastikan maklumat peribadi tidak didedahkan melalui media sosial. Ini kerana golongan remaja dan kanak-kanak sering menjadi sasaran penjenayah siber seperti pembuli siber, dan pedophile. (Pedophile ialah, seseorang dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak secara seksual)

Safer Internet Day mula disambut pada tahun 2004 dan kini ianya disambut di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Sambutan di Malaysia bermula pada tahun 2010 dengan diterajui oleh CyberSecurity Malaysia. Tahun ini, Safer Internet Day peringkat global disambut pada 9 Februari 2016 dengan tema ‘Play Your Part For A Better Internet’.

Sementara itu, menurut Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, “Safer Internet Day kini menjadi sebahagian dari program CyberSAFE, yang merupakan program khusus bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya pengguna internet mengenai kepentingan keselamatan siber dan kesejahteraan internet.”

“Pada tahun ini, sambutan Safer Internet Day diadakan bersama pihak media. Ini kerana peranan media amat penting dalam menyebarluas mesej-mesej keselamatan siber ke seluruh pelusuk Malaysia. Dengan sokongan pihak media, kami berharap agar wujud perubahan tingkahlaku dalam kalangan pengguna internet serta dapat mengurangkan jumlah kes insiden keselamatan siber sekali gus menurunkan kadar kerugian akibat dari penggunaan internet yang tidak bertanggungjawab.” Kata Dr. Amirudin lagi.

Skip to content