Skip to main content
News

MOSTI Agresif Meningkatkan Minat Terhadap STEM

By 2016-03-04#!31Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +0800+08:002431#31Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31 09pm31pm-31Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +0800+08:0012+08:003131+08:00x312017Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +08002912293pmThursday=321#!31Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +0800+08:00+08:003#March 9th, 2017#!31Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +0800+08:002431#/31Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +0800+08:00-12+08:003131+08:00x31#!31Thu, 09 Mar 2017 12:29:24 +0800+08:00+08:003#No Comments

KUCHING, 4 MAC 2016 – Menyingkir tanggapan sains adalah sesuatu yang sukar dan membosankan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membawakan ‘Creativity & Science4U’ , program jangkau luar dengan pendekatan santai, ceria dan menyeronokkan. Inisiatif ini adalah bagi merangsang dan meningkatkan minat pelajar-pelajar sekolah terutamanya terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemetik (STEM) seterusnya menerap dan membudayakan STI kepada rakyat. Membawa sains terus kepada masyarakat adalah usaha proaktif MOSTI demi menyokong hasrat Malaysia untuk meningkatkan nisbah Sains: Sastera kepada 60:40 menjelang 2020.

Selain daripada program Creativity & Science4U, MOSTI turut menerapkan elemen STEM menerusi program-program seperti ScienceFest, Singgah Sains dan Perkampungan Sains. Menerusi program-program ini, elemen STEM diterapkan dalam setiap modul pendidikan sains tidak formal yang direka khusus kepada pelajar pra sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk juga kepada guru-guru.

“Modul-modul ini dibentuk dengan cara santai dan menarik bagi melengkapi pengajaran sains formal yang sedia ada di sekolah dalam usaha menarik minat lebih masyarakat terhadap sains. Konsep pembelajaran melalui pendekatan pelbagai aktiviti sains hand’s on dan mind’s on ini sekaligus diharapkan akan dapat mengubah tanggapan bahawa sains itu sesuatu yang sukar kepada sains itu sesuatu yang mudah lagi menyeronokkan”, Kata YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau sewaktu merasmikan Karnival Creativity & Science4U di sini hari ini.

Creativity & Science4U Kuching Sarawak, merupakan lokasi pertama, pembukaan bagi tahun 2016 yang menghidangkan pengunjung dengan pelbagai aktiviti seperti Space Ball, Space Show, Tech-Tonic Session, DIY Rocket/Robotic, demontrasi sains dan juga Idola Penyampai Cuaca. Program yang sama pada tahun 2015 telah berjaya menarik minat lebih 35,000 orang pengunjung terdiri daripada pelajar, guru, belia dan ibu bapa.

Skip to content