Skip to main content
News

Arca Jalur Gemilang MOSTI

21 Ogos 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meluangkan masa meletakkan slot terakhir bagi menyempurnakan Arca Jalur Gemilang MOSTI di Lobi C5 MOSTI. Turut sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, barisan pengurusan tertinggi dan warga MOSTI.

Arca Jalur Gemilang ini telah disiapkan dengan menggunakan sebanyak 1,232 botol terpakai hasil sumbangan dari semua unit dan bahagian di MOSTI bermula 12 Ogos 2024 dan siap sepenuhnya hari ini. Sempurnanya arca ini melambangkan kerjasama dan perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga MOSTI.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.
Skip to content