22 Ogos 2024, Putrajaya – Pelepasan Program Konvoi Motorsikal Kembara Merdeka 2024 Ke Kampung Angkat Madani MOSTI di sempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI di perkarangan lobi blok C5, MOSTI.
Konvoi Motorsikal Kembara Merdeka ini merupakan inisiatif Kelab KEMSAINS MOSTI sempena Sambuatan Bulan Kebangsaan 2024 dan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Kampung Tekam, Pogoh, Segamat, Johor pada 24 Ogos 2024.
Turut bersama semasa pelepasan konvoi ialah YBrs. Puan Ruziah binti Shafie, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan dan warga MOSTI.