Skip to main content
News

Cabaran Langkah Sihat Putrajaya

1 Oktober 2024, Putrajaya – Kesibukan kerja bukanlah alasan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Tahniah kepada warga MOSTI luar biasa yang telah menyertai Cabaran Langkah Sihat Putrajaya (10,000 langkah sehari) yang berlangsung selama 15 hari bermula 20 Ogos – 3 September 2024 seterusnya menjuarai kategori S dengan pencapaian 5 emas dan 5 perak.

Hari ini, YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan menyerahkan simbolik hadiah kemenangan yang telah disampaikan pada 28 September 2024 yang lepas kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Ayuh semua, kita kekal sihat, kekal cergas dengan 10,000 langkah sehari. #kukuhkanimunitibadan
Skip to content