25 September 2026, Putrajaya – Warga MOSTI yang berkelapangan hari ini telah menyertai Ceramah Penerapan Nilai Islam di Surau Ar-Raudha As-Sakinah. Ceramah ini disampaikan oleh Ustazah Asma Harun yang bertajuk “Rawat Hati, Hidup Sihat dan Seimbang”.
Program ini diadakan sebagai satu usaha untuk menyemai dan memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga MOSTI, khususnya dalam aspek penjagaan hati, kesejahteraan emosi serta keseimbangan kehidupan.
Semoga pengisian yang disampaikan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan seharian.




