Skip to main content
News

Sesi Sembang Santai Bil. 19/2026

25 September 2026, Putrajaya – Bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih ceria dan positif senaman Taiso dilaksanakan sebelum Sesi Sembang Santai oleh YBrs. Ts. Norbaitee binti Arshad, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Sesi kali ini menampilkan perkongsian yang cukup unik dan menarik bertajuk “8 Ekor Kucing dan Seorang Developer”.
Bertemakan perkongsian yang santai, sesi ini memberi peluang kepada warga MOSTI untuk mendengar pengalaman, idea dan perspektif yang dikongsikan dalam suasana yang lebih relaks dan dekat dengan warga.
Sesi kali ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI yang hadir meluangkan masa mengikuti sesi perkongsian tersebut.
Sesi ini bukan sahaja diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, malah menjadi ruang untuk warga MOSTI berkumpul, berinteraksi dan mengeratkan hubungan sesama warga dalam suasana yang santai.
Skip to content