13 Januari 2022, Ekspo 2020 Dubai – Minggu Ekonomi Digital di Pavilion Malaysia yang bermula pada 9-15 Januari 2022 dilancarkan secara rasmi oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Haji Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Minggu Ekonomi Digital ini juga menandakan pelancaran (soft launch) Malaysia Digital, program yang dipertingkatkan dan dirombak menggantikan MSC Malaysia yang diperkenalkan 25 tahun lalu. Program perdagangan dan perniagaan itu disertai oleh 24 syarikat Malaysia dalam bidang fintech, ID Digital dan penciptaan kandungan digital bagi mengembangkan jejak global mereka.
Penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai telah bermula pada 1 Oktober 2021 dan akan berakhir pada 31 Mac 2022 yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) sebagai agensi pelaksana.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai, layari https://www.malaysiaexpo2020.com/