Skip to main content
News

TPM, Huawei Malaysia & Telekom Malaysia Jalin Usaha Sama Memperkasakan Perniagaan Dengan Platform ‘e-Perkhidmatan MRANTI’

By 2022-01-11#!31Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800p0331#31Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 26pm31pm-31Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800p4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312022Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800464461pmWednesday=321#!31Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800pAsia/Kuala_Lumpur1#January 26th, 2022#!31Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800p0331#/31Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Wed, 26 Jan 2022 16:46:03 +0800pAsia/Kuala_Lumpur1#No Comments
11 JANUARI 2022, Kuala Lumpur – Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menjalinkan usaha sama untuk membangunkan sebuah platform e-Perkhidmatan MRANTI. MRANTI merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan melalui penggabungan dua agensi di bawah MOSTI iaitu TPM dan Malaysian Global Innovation Creativity Centre (MaGIC).
MoU dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Puan Dzuleira Binti Abu Bakar; Naib Presiden Huawei Malaysia, Encik Lim Chee Siong; dan Naib Presiden Eksekutif TM ONE, Puan Shazurawati Abd Karim. Majlis pertukaran dokumen MoU turut disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba.
Dato’ Sri Adham berkata,”Usaha MOSTI ini bertujuan untuk meningkatkan inovasi tempatan serta mempercepatkan penggunaan dan pembangunan teknologi, bagi membantu negara menyelesaikan cabaran masa kini, seperti yang ditetapkan dalam Dasar IR 4.0 negara.”
Tambah beliau lagi, “Melalui kerjasama ini, kepakaran ketiga-tiga rakan strategik disinergikan bagi mewujudkan persekitaran yang dinamik di mana perkhidmatan pengkomersialan, kepakaran teknologi dan tapak ujian disediakan bagi menyokong daya saing dan perkembangan portfolio syarikat teknologi tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa.”
Dengan termeterainya MoU ini, TPM, Huawei Malaysia dan TM melalui unit penyelesaian perniagaan perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE, akan membantu syarikat startup tempatan untuk memacu pemasaran komersil dengan mengetengahkan kemahiran dan produk mereka bagi memenuhi sebarang permintaan di platform e-Perkhidmatan. Ini termasuk menyediakan penyelesaian digital untuk menyokong TPM dan taman teknologi di bawah pengurusannya, membangunkan rangka kerja penyelesaian untuk memajukan inovasi syarikat serta memperkasakan Taman Kecerdasan Buatan di TPM melalui pendigital moden sejajar dengan matlamat ke arah transformasi digital dan merealisasikan agenda MyDIGITAL dan Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 Negara (Dasar 4IR).
MoU ini juga memfokuskan kerjasama strategik perkongsian kepakaran ketiga-tiga pihak melaksanakan perpindahan ilmu teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan 5G, selain bekerjasama dengan pemain industri dan pakar bidang khusus untuk memberikan pandangan dan khidmat nasihat kepada syarikat startup di era digitalisasi yang semakin pesat berkembang.
Skip to content