Skip to main content
News

EXPO 2020 Dubai Meraikan Hari Malaysia

By 2022-01-08#!31Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800+08:003431#31Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31 11pm31pm-31Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800+08:002+08:003131+08:00x312022Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800562561pmTuesday=321#!31Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800+08:00+08:001#January 11th, 2022#!31Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800+08:003431#/31Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31#!31Tue, 11 Jan 2022 14:56:34 +0800+08:00+08:001#No Comments
Dubai, 8 Januari 2022 – Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai hari ini meraikan Hari Malaysia dengan menonjolkan pencapaian dan kemajuan negara merentasi sektor utama termasuk ekonomi, sosial, budaya, sains dan teknologi, sempena hari penghormatan yang diberikan oleh penganjur Expo 2020 Dubai kepada negara peserta.
Ia juga merupakan pencapaian 100 hari penyertaan Malaysia di Expo 2020 Dubai, yang berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022.
YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengetuai delegasi peringkat tertinggi Malaysia di acara ini diiringi oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI merangkap Timbalan Pesuruhjaya Jeneral penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.
Tema Pavilion Malaysia iaitu “Memperkasa Kemampanan (Energising Sustainability), Hari Malaysia menggambarkan komitmen negara terhadap kerjasama antarabangsa, minat mendalam terhadap isu-isu global serta penyertaan dalam dialog topik penting termasuk perubahan iklim dan kemampanan.
Expo 2020 Dubai yang bertemakan “Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan” (Connecting Minds, Creating the Future) telah membuka banyak peluang pasaran yang baharu dan menarik bagi Malaysia dalam meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya. Penyertaan Malaysia di ekspo ini adalah platform penting bagi negara dan kami bangga menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini, dan bersama-sama seluruh dunia membina masa depan secara inklusif dan mampan,” kata YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim yang menyampaikan teks ucapan bagi pihak Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba di upacara tersebut.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Emiriah Arab Bersatu kerana berjaya menganjurkan ekspo dunia pertama di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan walaupun berdepan cabaran COVID-19.
Skip to content