Skip to main content
News

Forum China–ASEAN Memperkukuh Kerjasama Dalam Penggunaan Teknologi Nuklear Secara Aman

5 November 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menyampaikan ucaptama pada πΆβ„Žπ‘–π‘›π‘Ž-𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 πΉπ‘œπ‘Ÿπ‘’π‘š π‘œπ‘› π‘ƒπ‘’π‘Žπ‘π‘’π‘“π‘’π‘™ π‘ˆπ‘ π‘’π‘  π‘œπ‘“ π‘π‘’π‘π‘™π‘’π‘Žπ‘Ÿ π‘‡π‘’π‘β„Žπ‘›π‘œπ‘™π‘œπ‘”π‘¦ bertemakan β€œAtoms for a Better Home” di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam ucaptamanya, beliau menegaskan komitmen Malaysia terhadap rejim antarabangsa bagi mencegah percambahan senjata nuklear serta Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara. Beliau turut menekankan bahawa keselamatan dan sekuriti nuklear serta perlindungan sinaran perlu menjadi asas kepada penggunaan teknologi nuklear secara aman.
Malaysia mempunyai pengalaman selama beberapa dekad dalam penggunaan teknologi nuklear untuk perubatan, pertanian, industri dan pemantauan alam sekitar. Aplikasi ini juga berpotensi menyokong usaha menangani perubahan iklim dan mencapai matlamat pembangunan mampan. Pada masa yang sama, pemahaman masyarakat tentang manfaat teknologi nuklear dan langkah keselamatan yang diambil penting untuk membina keyakinan awam.
Berbekalkan pengalaman tersebut, Kerajaan turut menilai potensi peranan tenaga nuklear dalam campuran tenaga negara pada masa hadapan. Penilaian di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) ini dilaksanakan dengan pendekatan yang berhati-hati dan terukur.
Forum ini membuka ruang kepada China, negara anggota ASEAN dan rakan daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang keselamatan nuklear, pengurusan sisa radioaktif dan pembangunan bakat. Kerjasama ini berasaskan manfaat bersama serta mengambil kira keutamaan dan tahap kesiapsiagaan setiap negara.
Turut hadir TYT Dr. Shan Zhongde, Pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga Atom China, dan TYT Yao Wen, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia. Forum ini turut dihadiri Encik Shen Yanfeng, Pengerusi Perbadanan Nuklear Kebangsaan China, Encik Zia Hussain Shah, Pengerusi Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear Pakistan, Dr. Najat Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah merangkap Ketua Jabatan Sains dan Aplikasi Nuklear, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), serta wakil negara anggota ASEAN dan GCC.
Skip to content