Skip to main content
News

Sesi Kunjungan Hormat oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura ke atas KSU MOSTI

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Melvyn Ong, Setiausaha Tetap Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar (MSE), Republik Singapura.
Sepanjang pertemuan tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha MOSTI diiringi oleh wakil Bahagian Antarabangsa, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM), Jabatan Tenaga Atom, Perbadanan Bioekonomi Malaysia, NanoMalaysia Berhad dan wakil Bahagian Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri. Sementara itu, delegasi Singapura pula disertai oleh wakil Kedutaan Republik Singapura di Malaysia.
Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala Malaysia–Singapura, khususnya dalam bidang kelestarian alam sekitar serta penerokaan potensi kerjasama dalam teknologi nuklear untuk tujuan aman.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Tenaga Atom Malaysia (ATOM Malaysia) dengan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA), selain meneroka usaha memperluas skop kerjasama dalam bidang-bidang berkaitan.
MOSTI komited untuk terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dan memanfaatkan kemajuan sains, teknologi dan inovasi (STI), termasuk teknologi nuklear untuk tujuan aman sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan, keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Skip to content