Skip to main content
News

Forum Paving the Way for Green Hydrogen in Advancing Circular Economy: Stakeholder Management for Capacity Building and Strategic Communications for Advocacy

29 Mei 2023, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyampaikan Ucapan Pembukaan di forum Paving the Way for Green Hydrogen in Advancing Circular Economy: Stakeholder Management for Capacity Building and Strategic Communications for Advocacy. Forum ini adalah program yang dibiayai di bawah dana Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) dengan usaha kerjasama antara forum APEC Policy Partnership on Science, Technology and Innovation (PPSTI), MOSTI sebagai focal point bagi APEC PPSTI Malaysia dan Institute of Self-sustainable Building, Universiti Teknologi PETRONAS sebagai penyelia projek.

Ucapan pembukaan ini menekankan pentingnya hidrogen hijau di rantau Asia Pasifik dan Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pembangunan inklusif dan mampan. Ucapan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU juga menggariskan komitmen Malaysia untuk bekerjasama dan memanfaatkan ekonomi hidrogen demi kebaikan di rantau Asia Pasifik.
YBhg. Datuk Ts. Dr Hj. Aminuddin Bin Hassim turut memaklumkan bahawa MOSTI telah membangunkan Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen dan Teknologi (HETR) untuk mengukuhkan ekosistem dalam peralihan ke arah ekonomi berasaskan hidrogen, menerusi sokongan kerajaan dalam penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur, dasar dan peraturan, kerjasama industri dan perkongsian antarabangsa. Pelan hala tuju ini dijangka akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat.
348872444 1185447348793995 4723420566939700569 n     350135782 1804077247086042 3450950867654317590 n349982439 584614063514114 5780790285811193927 n     350140432 963922641306378 6131523010772546936 n
Skip to content