Skip to main content
News

GovInsider Live – Malaysia

28 November 2023, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI hari ini telah dijemput ke sesi panel bertajuk “Data Centre Hub: Uncovering the Potential of a Growing Digital Infrastructure Ecosystem” bersempena GovInsider Live – Malaysia bersama YBrs. Dr. Kalaivani Chellapan, Associate Professor UKM, Puan Chan Chuey Hwye, Lead Intervention – Regulatory Facilitation MDEC, Puan Tanya Ahuja, Senior Director Corporate Development, Equinix di Le Meridien Putrajaya.

YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan telah menekankan beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh Pemain Industri Pusat Data di Malaysia seperti keperluan infrastuktur dan teknologi High-Performance Computing (HPC) dalam membangunkan industri pusat data, penggunaan tenaga dan pelepasan karbon, perlindungan data dan lain-lain yang berkaitan.
Susulan itu, kerajaan dan pihak berkepentingan perlu sentiasa mengamalkan konsep 4C iaitu Collaboration, Co-Creation, Co-Location dan Co-opetition (competition + cooperation) bagi memastikan pembangunan industri Pusat Data di samping memperkasakan ekosistem infrastruktur digital yang kondusif di Malaysia.
Skip to content