Skip to main content
News

Hari Inovasi Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi

By 2012-01-30#!31Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800p3931#31Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 11am31am-31Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800p6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800596593amSaturday=321#!31Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 11th, 2017#!31Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800p3931#/31Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Sat, 11 Mar 2017 06:59:39 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

 

BANGI (30 Januari 2012) : YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini telah merasmikan Hari Inovasi Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Agensi Nuklear Malaysia (ANM). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains); YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan YBrs. Dr Muhamad Lebai Juri, Ketua Pengarah ANM.

YB Menteri MOSTi dalam ucapannya memaklumkan bahawa menyedari tentang kepentingan kesedaran dan penghayatan sains dan matematik disebarkan ke dalam masyarakat, maka MOSTI dengan kerjasama Kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkaitan telah melaksanakan Program Penggalakan Sains dan Matematik pada tahun 2011. Pengumuman 2012 sebagai Tahun Sains dan gerakan Inovasi Nasional 2012 (GSI2012) akan memperhebatkan lagi program dan aktiviti berkaitan sains dan inovasi.

Sebagai peneraju GSI2012, MOSTI akan bekerjasama rapat dengan pelbagai Kementerian, Jabatan, Kerajaan Negeri, Institusi Pengajian Tinggi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Objektif Program GSI2012 adalah untuk meningkatkan kesedaran dan membudayakan sains dan inovasi dikalangan segenap lapisan masyarakat iaitu kanak-kanak, belia dan orang dewasa. Majlis pelancaran Program GSI2012 akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.

Mengimbas pencapaian MOSTI dalam tahun 2011, YB Menteri MOSTI dalam ucapannya turut melahirkan rasa berterima kasih kepada seluruh warga MOSTI kerana telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang begitu tinggi dalam menjalankan tugas masing-masing sepanjang tahun 2011. Ini jelas dicerminkan melalui beberapa pencapaian dalam bidang pengurusan dan kewangan serta pencapaian KPI Kementerian yang telah mencapai prestasi yang amat membanggakan iaitu sebanyak 150% sepertimana yang telah dipantau oleh PEMANDU. KPI tersebut termasuklah penjanaan ekonomi berasaskan inovasi melalui Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); pengukuhan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang STI; peningkatan bakat dan kepakaran dalam bidang STI dan pengembangan budaya inovasi melalui peningkatan kesedaran, penghayatan serta aplikasi STI.

YB Menteri MOSTI dalam ucapannya turut menyentuh mengenai kepentingan hubungan dan jalinan antarabangsa. Malaysia melalui MOSTI telah bergiat secara aktif dalam pelbagai bidang sama ada diperingkat dua hala, serantau dan juga pelbagai hala. MOSTI telah menerima lawatan delegasi dari negara membangun dan juga Negara maju. MOSTI juga mewakili Malaysia menghadiri pelbagai persidangan dan lawatan ke luar negara yang diadakan dari semasa ke semasa.

Dalam hubungan ini, MOSTI akan terus komited untuk bergiat aktif dalam menentukan agenda pembangunan STI diperingkat global, khususnya dikalangan Negara ahli ASEAN dan APEC. YB Menteri MOSTI percaya bahawa menimba ilmu, mendapatkan pendedahan serta pengalaman dari lawatan ke luar Negara dan penyertaan di persidangan serta jalinan kerja peringkat antarabangsa adalah amat berguna dan diperlukan. Ini kerana pencarian ilmu tiada sempadan dan hadnya terutama dalam penerokaan sains dan pembangunan teknologi.

Diakhir ucapannya, YB Menteri MOSTI melihat bahawa STI merupakan ramuan penting yang akan menganjak Malaysia ke tahap negara maju berpendapatan tinggi, terangkum dan mapan. Dengan itu, MOSTI perlu sentiasa terhadapan dalam isu-isu mengenai STI, Dasar, Pelan Strategik dan Peta Laluan sedia ada perlu ditambahbaik agar sentiasa kemaskini dan selaras dengan agenda terbaru negara termasuk agenda transformasi.

Selain ucapan amanat tahun baru oleh YB Menteri MOSTI, turut diadakan pada Majlis Hari Inovasi MOSTI tersebut ialah Pelancaran e-Journal ANM iaitu merupakan wadah penyebaran maklumat saintifik berkaitan teknologi nuklear dan juga sesi penyampaian sijil kepada 10 orang pemilik paten ANM.