Skip to main content
News

MAJLIS APRESIASI MOSTI 2012 DI PICC

By 2012-01-23#!31Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +0800p0031#31Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +0800p-1Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +0800p1Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +08005615612pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +0800p0031#/31Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +0800p-1Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 13:56:00 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

7

 

PUTRAJAYA (23 Januari 2013) – Majlis Apresiasi MOSTI Tahun 2012 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan pihak pengurusan MOSTI terhadap sektor pengurusan khususnya kerana berjaya mencapai penarafan 4 bintang dalam pengauditan Indeks Akauntabiliti. MOSTI telah berjaya mengekalkan pencapaian penarafan 4 bintang dalam pengauditan Indeks Akauntabiliti dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2010 dan 2011.

Majlis ini juga adalah bagi memberi penghargaan dan dorongan kepada pegawai dan kakitangan MOSTI khususnya warga sektor pengurusan agar melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang dan meneruskan usaha-usaha memantapkan prestasi pengurusan kewangan Kementerian ini.

Bersesuaian dengan objektif Majlis Apresiasi MOSTI Tahun 2012 yang diadakan sempena pencapaian MOSTI dalam Indeks Akauntabiliti, satu taklimat berkaitan pengurusan kewangan telah diadakan bagi memberi input mengenai isu-isu berkaitan pengurusan kewangan Kementerian / Jabatan. Taklimat bertajuk ‘Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti’ telah disampaikan oleh Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Timbalan Pengarah Audit, Cawangan Audit Pelbagai Kementerian dan Jabatan III, Jabatan Audit Negara.

Antara tetamu kehormat ialah YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Kamel bin Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan), Puan Azizah binti Yusoff, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Ketua-Ketua Bahagian / Jabatan / Agensi.