14 Oktober 2023, Putrajaya – Seramai lebih 250 orang peserta dari kalangan kakitangan MOSTI hari ini berkampung di Dataran Sukan MOSTI bagi menyertai program Hari Sukan Negara 2023 Peringkat MOSTI.
Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kata-kata semangat daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI yang seterusnya memukul bola golf sebagai simbolik bermulanya Program HSN MOSTI 2023.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan MOSTI dan YBhg. Datin Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita Cawangan MOSTI turut sama hadir memeriahkan dan menyertai sukaneka yang diadakan.
Pembentukan 10 pasukan rumah pelbagai warna yang terdiri daripada ahli campuran tanpa mengira bahagian, unit, jawatan dan gred di MOSTI juga bakal menyumbang kepada semangat perpaduan dan kerjasama erat warga MOSTI
Lima jenis sukaneka yang dipertandingkan ialah:
Gusti Belon
Berat Sama Dipikul
Mana Gelungku
Kalih Tayar
Merry Go Round Pokok Asam
Program ini juga adalah selaras dengan sokongan MOSTI terhadap pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia khususnya warga MOSTI melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.