13 Oktober 2023, Putrajaya – Bengkel Ekosistem Startup Tetingkap Tunggal (Single Window Startup Ecosystem) siri kedua adalah hasil kerjasama antara MOSTI dan MyDigital telah diadakan pada 13 Oktober 2023. Semasa sesi ini YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah bertemu dengan pelbagai pihak yang terdiri dari penggubal dasar dari Kementerian/agensi Kerajaan, pelabur budiman, pemodal teroka serta syarikat pemula.
Inisiatif mewujudkan ekosistem startups tetingkap tunggal dibuat bagi memperkasakan mekanisme serta inisiatif sedia ada di dalam ekosistem startup tempatan. Input dari pelbagai pihak berkepentingan ini akan dapat membantu Kerajaan menyediakan platform dan mekanisme yang efektif dalam melonjakkan pembangunan dan daya saing ekosistem syarikat pemula.
Cadangan dan input daripada bengkel ini akan diperhalusi bagi dijadikan asas panduan dalam pembangunan ekosistem startup tetingkap tunggal yang dinamik, komprehensif dalam menjadikan Malaysia sebagai High Tech Nation menjelang 2030.