Skip to main content
News

INOVASI PEMACU TRANSFORMASI NEGARA

By 2017-10-30#!31Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +0800p2831#31Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 31am31am-31Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +080040104010amTuesday=321#!31Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#October 31st, 2017#!31Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +0800p2831#/31Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Tue, 31 Oct 2017 10:40:28 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#No Comments

PUTRAJAYA 30 OKTOBER 2017 – “Inovasi merupakan satu keperluan dalam membina pembangunan negara untuk mewujudkan penciptaan teknologi baru mengikut acuan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).” kata Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Encik Mohd Yusri Mohd Yusoff semasa perasmian Sambutan Hari Inovasi peringkat MOSTI pada hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan peneraju bagi inovasi negara. Sebagai warga MOSTI, semua kakitangan perlu lebih ke hadapan dalam memperkasakan agenda STI negara, tambahnya lagi.

Hari Inovasi MOSTI turut diisi dengan sesi ceramah inovasi oleh Encik Zulkifli Haji Harun, seorang Inovator yang berpegang kepada prinsip inovasi adalah satu monopoli perniagaan. Beliau menganggap bahawa pemikiran yang kreatif dan inovatif mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Turut berlangsung, penyampaian hadiah Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) 2017. Hasil inovasi Smart Alert Radiation Detection System dari Kumpulan Radion, Agensi Nuklear Malaysia telah berjaya memenangi tempat pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai

sebanyak RM 5, 000. Diikuti Kumpulan Intelligent dari Jabatan Kimia, Johor dan Kumpulan Tera dari Jabatan Kimia, Perak.

Lima buah pameran berkaitan inovasi negara turut dipamerkan di lobi MOSTI dan disertai oleh 5 buah agensi iaitu MetMalaysia, Jabatan Standard Malaysia, Agensi Angkasa Negara, Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia.