Skip to main content
News

MOSTI Komited Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

By 2017-10-31#!30Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +0800p2030#30Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 02pm30pm-30Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +0800p4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302017Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +08000340311pmThursday=321#!30Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#November 2nd, 2017#!30Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +0800p2030#/30Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Thu, 02 Nov 2017 16:03:20 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#No Comments

PUTRAJAYA, 31 OKTOBER 2017: Penggunaan Bahasa Melayu yang lebih tepat dari segi tatabahasa dan ejaan di kalangan kakitangan MOSTI ketika bertutur mahupun dalam penulisan perlu dipraktikkan. Saranan tersebut dikemukan oleh YBrs. Encik Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan dalam ucapannya semasa perhimpunan bulanan MOSTI pada hari ini yang bertemakan “Bulan Bahasa Kebangsaan”.

Bahasa Melayu perlu diagungkan agar penggunaannya terus dijaga dan dikekalkan. Encik Kua Abun menyentuh mengenai penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat terutamanya penjawat awam dari segi pertuturan harian mereka. Implikasinya campuran Bahasa Inggeris dalam pertuturan harian dianggap moden dan dibanggakan sehingga Bahasa Melayu diabaikan.

Bersempena “Bulan Bahasa Kebangsaan”, pertandingan berbalas pantun telah diadakan di peringkat MOSTI yang disertai oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah pentadbirannya. Kemenangan diraih oleh Jabatan Kimia dan Agensi Angkasa. Seterusnya, mereka mewakili MOSTI ke peringkat Kementerian dan merangkul tempat keempat.

Beliau turut berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada warga MOSTI yang terlibat dalam menjayakan Ekspo National Innovation and Creative Economy (NICE) 2017 baru-baru ini.

Turut hadir pada perhimpunan ini ialah ketua-ketua Bahagian dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.