Skip to main content
News

Inspirasi di sebalik lagu Malaysia Techlympics

16 Julai 2023, Kedah – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI menyerahkan sijil penghargaan kepada pencipta lagu rasmi Malaysia Techlympics, Encik Zhamzury bin Yusof.

Dengarkan dan tonton video lagu rasmi Malaysia Techlympics di https://youtu.be/DGegcEPKrrg
➡️ Inspirasi di sebalik lagu Malaysia Techlympics ⬅️
Sains dan teknologi bukan lagi perkara asing dalam memainkan peranan yang penting bagi pembangunan mana-mana negara. Untuk berjaya, kita harus melahirkan generasi baharu dan menawarkan mereka seberapa banyak mungkin peluang untuk belajar dan mempelajarinya.
Cabaran terbesar adalah memberi kesedaran kepada anak muda tentang kepentingan teknologi dalam dunia masa kini dan di masa hadapan. Jadi, penggunaan muzik adalah salah satu medium yang baik dalam menyampaikan maklumat serta memberi kesedaran kepada anak muda. Lagu yang mewakili Malaysia Techlympics ini memberi impak yang positif kepada anak-anak muda. Pada masa yang sama, setiap kali mereka mendengar lagu ini, ia memberi impak yang diinginkan dalam menghubungkaitkan Teknologi terkini di dalam tema lagu tersebut.
Skip to content