Skip to main content
News

Karnival Minggu Sains Negara Kedah Dan Pelancaran Malaysia Techlympics 2023

16 Julai 2023, Kedah – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Kedah Dan Pelancaran Malaysia Techlympics 2023 di Dewan CRC, Kulim, Kedah.

Objektif pelaksanaan karnival di setiap negeri adalah untuk meraikan kepelbagaian di setiap negeri dengan memberi peluang kepadapenggerak dan pengamal STI tempatan mengetengahkan teknologi daninovasi mereka yang tersendiri kepada umum, khususnya kepada anak-anak negeri ini.
Program selama dua hari ini membawakan pelbagai program seperti pameran STI, cabaran STEM, Bengkel, Planet VR, Mini Planetarium, Pencerapan Matahari, Pertunjukan Sains, Pertunjukan Dron dan banyak lagi.
Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) pada tahun ini merupakantahun yang ke-6, bertujuan untuk membudayakan Sains, Teknologi danInovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia. Justeru, untuk tahun ini,MOSTI melaksanakan program MSN di seluruh negara melaluipenganjuran karnival serta dalam talian bagi menarik minat danpenyertaan masyarakat setempat.
Turut dilancarkan MalaysiaTechlympcis 2023. Malaysia Techlympics merupakan inisiatif MOSTIdalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatanpertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia denganminda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna sertaberimpak tinggi.
Melalui program ini, pelbagai pertandingan yang berteraskan teknologisohor seperti kecerdasan buatan (AI), Internet kebendaan (IoT), dron,pengekodan dan robotik akan dipertandingan di peringkat negeri, zondan kebangsaan.
Pendaftaran Malaysia Techlympics juga kini dibuka. Sertai pertandingan inovasi dan reka cipta dan bersaing untuk serlahkan bakat dan kemahiran anda.
Skip to content