Skip to main content
News

Intelligent Manufacturing Conference 2023

16 Mac 2023, Kuala Lumpur – Malaysia National Robotics Industry Country Report (NRICR) mengenai Penciptaan Nilai telah dikeluarkan oleh Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRAS) semasa Intelligent Manufacturing Conference 2023.
MyRAS telah ditauliahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara yang diluluskan oleh kerajaan dalam Majlis 4IR Ekonomi Digital Kebangsaan (MED4IRN) pada tahun 2021 dengan tujuan untuk meningkatkan nisbah robot di Malaysia daripada 55 unit pada Tahun 2019 kepada 195 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada tahun 2030.
Majlis tersebut disaksikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Prof. Dr. Ishkandar Baharin, Presiden MyRAS, Encik Mohd Safuan Mohd Zairi, Ketua Pegawai Pembangunan Ekosistem Malaysia Research Accelerator of Technology and Innovation (MRANTI) dan Ir. Ts. Zaim Azyze, Pengurus Besar Kanan Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii).
MRANTI akan bekerjasama dengan MyRAS, MARii dan International Alliance of Robotics Association (IARA), Zhejiang Robot Industry Association (ZRIA), Zhejiang Intelligent Robotics Research Institute (ZJROB), and Hangzhou Automation Technology Institute (HATI).
Perkongsian itu akan menyaksikan penubuhan Hab Robotik Kebangsaan di Taman MRANTI, Bukit Jalil untuk memudahkan pertumbuhan pemain ekosistem robotik di Malaysia. Ia juga memerlukan pemupukan bakat tempatan bagi memenuhi permintaan industri untuk profesional robotik masa depan dengan menyediakan peluang latihan dan pembangunan yang berkaitan.
336286703 1004278107211912 9032455018252730714 n
Skip to content