Skip to main content
News

Kenya Innovation Week 2023

27 November 2023, Kenya – Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang telah berjaya muncul sebagai penerima Anugerah Commonwealth Secretary-General’s Innovation for Sustainable Developments Awards 2023 sempena Kenya Innovation Week 2023 yang berlangsung di Nairobi, Kenya, pada 27 November hingga 1 Disember 2023.

YIM telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Commonwealth Secretary-General’s Innovation for Sustainable Developments Awards 2023 yang disertai oleh 28 buah negara Komanwel. Anugerah ini bertepatan dengan peranan YIM sebagai Peneraju Inovasi Sosial dan Akar Umbi di Malaysia bagi mengatasi masalah dan cabaran dalam mewujudkan kekayaan ekonomi serta memperkasa nilai sosial untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDG).
Adalah diharapkan melalui anugerah ini dapat memberi inspirasi serta mendokong usaha kerajaan dalam memupuk dan mengarusperdanakan inovasi sosial ke arah kesejahteraan masyarakat.
Turut hadir bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Kenya, YM Tuan Ruzaimi Mohamad.
Skip to content