Skip to main content
NewsCovid-19Media Statement

Kerjasama MOSTI-KKM-Kementerian Luar Negeri Bagi Mendapatkan Capaian dan Bekalan Vaksin Covid-19 Untuk Malaysia Menerusi Pendekatan Hubungan Diplomatik

By 2020-04-21#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800p5028#28Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28 13pm28pm-28Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800p6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx282021Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800346342pmSaturday=321#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#February 13th, 2021#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800p5028#/28Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:50 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#No Comments

PUTRAJAYA, 21 APRIL 2020 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang bekerjasama dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan Kementerian Luar Negeri Wisma Putra bagi memastikan Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi antara negara terawal mendapat akses kepada vaksin Covid-19 selepas ianya siap dan dipasarkan kelak.

Kolaborasi antara tiga kementerian ini dibentuk bagi mencari peluang untuk mewujudkan kerjasama strategik melibatkan badan-badan antarabangsa, agensi atau syarikat tempatan bagi membolehkan Malaysia memperoleh kemudahan untuk pembangunan vaksin dan perubatan mencegah Covid-19 melalui hubungan dengan negara luar menggunakan diplomasi sains.

Menerusi kerjasama ini juga, MOSTI akan membincangkan strategi terbaik bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan menerusi hubungan dua hala yang terjalin dengan negara-negara lain hasil input daripada pihak KKM dan Kementerian Luar Negeri. Sebagai contoh, MOSTI sedang mempromosikan keupayaan penyelidikan klinikal negara seperti di Clinical Research Malaysia (CRM) di bawah KKM serta hubungan dengan syarikat farmasi dan organisasi multinasional untuk menarik penyelidikan baharu yang ditaja ke negara ini.

MOSTI juga sedang bekerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Kuala Lumpur mengenai kemungkinan kerjasama dalam ujian klinikal untuk vaksin Covid-19 dan berharap dapat terlibat dalam kerjasama yang lebih banyak bersama kedutaan-kedutaan antarabangsa lain. Sebuah universiti dari China telah menunjukkan minat untuk menjadi rakan strategik MOSTI dalam membangunkan vaksin Covid-19 secara bersama melalui penyelidikan klinikal. Ujian klinikal tersebut dijangka dilaksanakan pada penghujung April ini di Malaysia.

Selain China, MOSTI dan Kementerian Luar Negeri turut bekerjasama dengan United Kingdom, India, Bosnia dan Republik Korea melalui platform antarabangsa Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) dalam usaha ini. MOSTI sedang berusaha mencari jalan keluar bagi mengatasi penularan wabak ini dan berharap hasil perbincangan dalam mesyuarat ini dapat 3 memberikan input penting dan jalan terbaik untuk mengupayakan Malaysia sentiasa bersedia dalam pembangunan vaksin serta         ubat-ubatan Covid-19.

Covid-19 merupakan pandemik yang dikategorikan sebagai fenomena transnasional dan tiada satu negara pun yang dapat memerangi wabak ini secara bersendirian. Ketika para saintis di seluruh dunia kini bekerja keras untuk menghasilkan vaksin, hubungan diplomatik yang baik diharap akan memberikan akses serta kedudukan yang baik kepada negara.

Covid-19 merupakan pandemik yang dikategorikan sebagai fenomena transnasional dan tiada satu negara pun yang dapat memerangi wabak ini secara bersendirian. Ketika para saintis di seluruh dunia kini bekerja keras untuk menghasilkan vaksin, hubungan diplomatik yang baik diharap akan memberikan akses serta kedudukan yang baik kepada negara.