Skip to main content
NewsCovid-19Media Statement

ROBOT MCK19 – Inisiatif Kerjasama Strategik Kementerian-Akademia-Industri Bantu KKM Tangani Covid-19

By 2020-04-20#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800p5928#28Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28 13pm28pm-28Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800p6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx282021Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800346342pmSaturday=321#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#February 13th, 2021#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800p5928#/28Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800p-6Asia/Kuala_Lumpur2828Asia/Kuala_Lumpurx28#!28Sat, 13 Feb 2021 18:34:59 +0800pAsia/Kuala_Lumpur2#No Comments

PUTRAJAYA, 17 APRIL 2020 – Sinergi kerjasama strategik antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) dan DF Automation & Robotics Sdn Bhd (DF) telah berjaya menghasilkan sebuah robot berautonomi (autonomous robot) yang diberi nama MCK19.

Kerjasama yang buat julung kalinya ini merupakan inisiatif MOSTI untuk menghubungkan kepakaran dan menggerakkan kerjasama antara Kementerian dengan pihak akademia dan industri selepas Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Pertama diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada 18 Mac 2020 yang lalu. MTDC, sebuah agensi di bawah MOSTI telah diberi kepercayaan untuk mengetuai pelaksanaan projek rintis melibatkan aplikasi teknologi khususnya dalam bidang robotik – penyelesaian robot berautonomi (Autonomous Robotic Solutions) bagi membantu mengawal penularan wabak Covid-19 khususnya                  di hospital.

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyaksikan demonstrasi robot MCK19 secara atas talian melalui aplikasi skype petang tadi. Demonstrasi langsung dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah dijayakan oleh Dr. Yeong Che Fai, Pengasas DF; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah bin Harunarashid, Pengarah HCTM dan YBhg. Prof Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur.

Turut menyaksikan demonstrasi atas talian ini adalah YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Dato’Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC; YBhg.Prof. Datuk Ir. Dr Wahid Omar, Naib Canselor UTM dan YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UKM. Mengambil masa kurang daripada dua minggu, kerjasama ini telah berjaya menghasilkan sebuah prototaip robot MCK19 yang merupakan sebuah Sistem Robot Penghantaran bagi kegunaan harian hospital untuk membantu petugas barisan hadapan menjalankan urusan penghantaran  dan  perkhidmatan  kepada  pesakit  dalam  siasatan  (PUI)  Covid  19  di  hospital.

YB Khairy Jamaluddin berkata, “MCK19 menggunakan Zalpha, sebuah robot komersial ciptaan syarikat tempatan DF yang boleh menampung muatan sehingga 300 kg menggunakan rak yang tersedia dan boleh dinavigasi secara bebas untuk membantu doktor atau jururawat dalam penghantaran makanan atau ubat-ubatan ke bilik pesakit yang berada dalam pemantauan (PUI) Covid-19 di hospital”.

“Robot ini mengaplikasikan teknologi Internet of Things (IoT) yang boleh diakses oleh mana-mana komputer, tablet atau telefon pintar. Skrin LCD yang terdapat pada robot tersebut dalam sedikit masa lagi akan mampu diguna pakai untuk teleconference antara doktor dan pesakit dari bilik atau pejabat”.

“Sokongan semua pihak iaitu MOSTI, MITI, KKM, MTDC, UTM, DF amat penting khususnya dalam berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing bagi menyediakan langkah penyelesaian yang tepat dan berkesan dalam masa yang singkat melibatkan permohonan kelulusan, bantuan dana, khidmat nasihat serta jaringan hubungan”, katanya.