Skip to main content
News

KONVENSYEN HASIL R, D&C MOSTI RMKE-9

By 2012-12-11#!31Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +0800+08:004431#31Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +0800+08:00-1+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +0800+08:001+08:003131+08:00x312020Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +08005815812pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +0800+08:00+08:0012#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +0800+08:004431#/31Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +0800+08:00-1+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Dec 2020 13:58:44 +0800+08:00+08:0012#No Comments

13

 

PUTRAJAYA (11 Disember 2012) –Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mengadakan Konvensyen Hasil R, D&C  (Research, Development & Commercialisation) MOSTI RMKe-9.

Konvensyen ini bertujuan untuk meraikan para penyelidik dan pereka cipta atas komitmen dan kesungguhan dalam menyempurnakan projek yang telah dibiayai melalui dana R, D&C MOSTI di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9).

Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Para tetamu dan jemputan terdiri daripada para penyelidik dan pereka cipta daripada Institut Pengajian Tinggi, Institusi Penyelidikan, Agensi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Kerajaan, syarikat-syarikat SME, kumpulan komuniti dan orang perseorangan serta Agensi Kerajaan lain.

Di dalam konvensyen ini, seramai 184 orang penerima sijil terdiri daripada wakil Institut Pengajian Tinggi, Institusi Penyelidikan, Agensi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Kerajaan, syarikat-syarikat SME, kumpulan komuniti dan orang perseorangan telah menerima sijil penyempurnaan projek yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Dalam majlis yang sama, Menteri juga turut melancarkan kompendium hasil R,D&C MOSTI RMKe-9. Penerbitan kompendium ini merupakan edisi sulung kompilasi kejayaan projek-projek R,D&C MOSTI yang merangkumi 1,862 maklumat projek yang telah siap daripada semua dana R, D&C MOSTI. Penerbitan ini dihasilkan dalam dua versi iaitu buku mengikut konsep kompendium dan dalam bentuk softcopy (DVD) yang dibekalkan kepada semua jemputan.

Satu sesi dialog bertajuk “Pelaksanaan dan Cabaran R, D&C” telah diadakan sebelum konvensyen berlangsung dengan empat orang ahli panel daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp). Setiap ahli panel telah memberikan input mengenai pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi berhubung pembiayaan dana R, D&C yang disediakan oleh institusi masing-masing.

Kemuncak acara dialog ini ialah sesi soal-jawab di mana para jemputan diberi peluang menyuarakan pandangan dan cadangan dalam memantapkan pengurusan dana R, D&C Kerajaan. Rumusan hasil sesi dialog ini telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI selaku moderator.

Pada konvensyen ini juga, seramai 50 penerima dana yang telah menyempurnakan projek mereka termasuk agensi-agensi MOSTI turut menyertai pameran yang diadakan.

MOSTI merancang untuk menganjurkan konvensyen seumpama ini pada tahun-tahun yang akan datang bagi menghargai penerima-penerima dana R, D&C MOSTI yang telah berjaya menyempurnakan projek mereka.

Skip to content